Terkini Viral

Lelaki Indonesia Ditahan Makan 'Indomie Ganja' Sebagai Rawatan Alternatif Penyakitnya

loading...

Seorang lelaki dari Surabaya telah ditahan oleh pihak berkuasa di Utara Bali kerana ditemui memiliki ganja. Namun apa yang menarik perhatan netzen ialah cara lelaki itu menghisap ganja yang luar biasa.

Mengikut laporan Coconuts, lelaki berusia 48 tahun itu dikenali sebagai Stevi menggunakan ganja sebagai ubatan alternatif untuk merawat penyakit batu karang dan gout yang dihidapinya. 

Stevi mengaku mengambil ganja dan mencampurkannya dengan mee segera Indomie. Stevi membuat pengakuan tersebut kepada polis.

"Saya terjumpa satu info dalam internet yang mengatakan ganja dapat melegakan sakit badan. Ianya terbukti apabila saya memakannya dengan mee segera. Badan saya rasa sihat dan tidak sakit"

Namun, hasratnya terbantut apabila pihak berkuasa mendapat maklumat dari orang awam yang beliau akan mengadakan 'perjumpaan ganja' berdekatan Kalibukbuk awal minggu lalu. 

Stevi dan tujuh rakannya yang lain ditahan kerana memiliki 7 gram ganja dan kini menghadapi tuduhan memiliki dadah. 

Jadi, ianya membuktikan anda harus membayar harga yang tinggi jika berani bermain dengan dadah. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.