Terkini Viral

Juruterbang Delta Airlines Tampar Penumpang Sedang Bergaduh Cetus Kemarahan Netizen

loading...

Susulan insiden seorang penumpang warga Vietnam diheret keluar dari pesawat milik syarikat penerbangan United Airlines, sebarang insiden yang berhubung kait dengan syarikat penerbangan menjadi tumpuan orang ramai.

Memetik laporan The New York Times, sebuah video di YouTube yang bertarikh 21 April tersebar luas di laman sosial yang menunjukkan dua orang wanita kelihatan bergelut antara satu sama lain di jambatan pesawat di lapangan terbang Atlanta. 

Pada ketika itu seorang juruterbang Delta Airlines dilihat bertindak menarik bangun salah seorang wanita itu dari lantai dan tampar mukanya, kemudian beredar dari situ. 

Paparan video tersebut serta-merta menarik perhatian di kalangan pengguna maya dan menimbulkan perbincangan hangat.


Dalam video yang dikongsikan oleh TMZ, jelas kelihatan seorang wanita menerkam ke arah seorang lagi wanita. Ketika kejadian, kedengaran suara sumbang daripada seorang penumpang lelaki yang mengatakan: 'belasah dia'. 

Dalam satu kenyataan, pegawai Delta Airlines berkata, selepas dimaklumkan insiden pergelutan yang berlaku pada 21 April Jumaat lalu di pesawat penerbangan 1827 yang terbang antara Atlanta dan Fort Lauderdale, Florida, maka dengan serta-merta juruterbang berkenaan diarah berhenti daripada tugasannya buat sementara waktu untuk siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati juruterbang itu bertindak menampar muka salah seorang wanita itu hanya berniat untuk meredakan perbalahan antara kedua penumpang berkenaan, seterusnya juruterbang berkenaan telah dibenarkan bertugas semula seperti biasa. 

Manakala, bagi jurucakap balai polis Atlanta Sarjan Warren Pickard pula memaklumkan, tiada maklumat yang boleh dikemukakan sebelum hari Isnin. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.