Terkini Viral

Kerana Mengikut Kemahuan Isteri, Seorang Lelaki Sanggup Halau Dan Biarkan Emak Hidup Merempat Tepi Jalan

loading...

Anak derhaka! Kerana mengikut sangat kemahuan isteri, seorang lelaki sanggup menghalau ibu kandungnya sendiri dan membiarkan ibunya itu merempat di tepi jalan. 

Wanita tua itu dikenali sebagai Zaynab Sayed yang berusia 80 tahun menjadi gelandangan di bandar Qalyubia selepas dihalau dari rumah oleh anak lelakinya itu. 

Menurut laporan Al-Arabiya, kisah Zaynab menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita membuat aduan kepada pihak berkuasa selepas melihat Zaynab tidur di tepi jalan. Wanita itu memohon supaya Zaynab ditempatkan di rumah perlindungan warga tua. 

Setelah sekumpulan petugas menyiasat seperti yang diarahkan oleh Menteri Perpaduan Sosial, Zaynab akhirnya diselamatkan dari menjadi gelandangan dan kini berada di rumah perlindungan warga tua. Namun, anak lelakinya itu masih tidak muncul. 



Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.