Terkini

Kanak-Kanak 5 Tahun Koma Tercampak Dari 'Inflatable Bouncer' Setinggi 10 Meter

loading...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun kini masih terlantar koma sejak seminggu lalu selepas terjatuh dari ketinggian mencecah 10 meter ketika bermain permainan ‘inflatable bouncer’ di kediamannya di Persiaran Sungai Gelugor, George Town, Ahad lalu.

Akibat kejadian itu, Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa melalui dua kali pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian kiri dan kanan kepalanya.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

Menceritakan peristiwa itu, ibu mangsa Norsyaliza Yahaya kesal apabila alat permainan yang disewa itu dipasang tanpa mengikut piawaian ditetapkan kerana tidak diikat dengan tali sekali gus menyebabkannya mudah terbalik.

“Peralatan itu dipasang terbalik. Apabila beberapa orang kanak-kanak naik ke atasnya, sekali gus ia jadi tak stabil.” Satu laporan polis turut dibuat selepas kejadian itu, ujar Norsyaliza. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.