loading...
Tahniah buat adik Jad Haris Sabaruddin dan adik Najmi Asyraaf Abdul Halim kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia ke-14 2017 (WMC 2017) yang berlangsung di Manila, Filipina pada 22 hingga 23 April.
Memetik laporan Utusan Borneo Online, Jad Haris Sabaruddin dan Najmi Asyraaf Abdul Halim masing-masing merupakan murid tahun enam dan murid tahun empat yang mewakili pasukan Sarawak menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas di kejohanan itu.
Jad berkata kemenangan itu merupakan hasil pengorbanan dan usaha yang berterusan.
“Latihan berterusan, sokongan daripada kedua-dua ibu bapa saya selain semangat untuk terus bersaing tanpa mengenal kalah, itulah rahsia kejayaan saya."
Peserta lain dari Malaysia turut memenangi empat pingat perak dan 18 gangsa.
Pada asalnya, pertandingan bertaraf dunia itu diperkenalkan oleh Sistem Pendidikan Sakamoto yang berpangkalan di Singapura dengan kerjasama Sakamoto Seminar Jepun.
Sumber : kaki share
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment