loading...
Orang kata kecantikan dalaman lagi penting dari kecantikan luaran. Dan seorang gadis telah membuktikan perkara itu benar.
Seorang gadis baru-baru ini memuat naik sekeping gambar wanita yang berbadan besar yang ditemui di jalanan dengan kapsyen:
"Saiz dia boleh dapat berapa 'saya' dan berapa banyak 'saya' boleh dapat untuk mendapatkan satu saiz dia?"
Niat gadis itu memuat naik gambar tersebut adalah untuk memerli wanita yang berbadan besar itu dan juga ingin menunjuk yang dia mempunyai saiz badan yang kecil. Namun, netizen sepantas kilat mengecam kembali gadis tersebut. Antara komen netizen:
"Menggunakan badan sendiri untuk mengutuk saiz badan orang lain. Apa guna muka cantik kalau karekter buruk?"
"Tak kisahlah kalau orang tu gemuk, kau sibuk apa? Apa yang kau buat ni salah, ambil gambar secara senyap-senyap dan memuat naik tanpa kebenaran!"
Para netizen nampaknya sangat marah dan masih tidak berpuas hati dengan tindakan gadis tersebut. Namun gadis tersebut memuat naik satu status yang lain dan mengutuk tindakan netizen mengecam beliau dan ianya hanya mencetuskan lagi kemarahan netizen.
Haruslah ingat, jangan hakimi orang lain jika tak mahu orang menghakimi kita kembali. Kecantikan dalaman adalah lebih penting dari kecantikan luaran. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
Sumber : jubahsemalam
loading...
0 comments:
Post a Comment