Terkini

Arnab Gergasi Ditemui Maut Dalam Kargo Pesawat United Airlines Cetus Kontroversi

loading...

Satu lagi kontroversi bakal dihadapi syarikat penerbangan United Airlines apabila 'penumpang' kargo pesawatnya yang merupakan seekor arnab yang dikenali sebagai Simon didapati mati ketika dalam penerbangan.

Dengan berukuran satu meter panjang, mamalia berusia 10 bulan itu adalah arnab gergasi milik Annette Edwards dari Stoulton di Worcester, United Kingdom dan dikatakan dalam keadaan sihat ketika menaiki pesawat itu.

Namun, memetik laporan CNN, ianya telah meninggal dunia dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Heathrow ke Chicago.

Insiden ini berlaku beberapa minggu selepas syarikat itu berdepan tekanan pelbagai pihak susulan kejadian seorang doktor diheret keluar dari pesawat juga di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago.

Menurut pemilik Simon, binatang pemeliharannya itu dalam keadaan sihat ketika diperiksa doktor haiwan kira-kira tiga jam sebelum menaiki pesawat.

"Sesuatu yang pelik berlaku dan saya mahu tahu apakah yang sebenarnya berlaku."

"Saya pernah menerbangkan arnab ke seluruh dunia tetapi tiada kejadian seperti ini berlaku," katanya.



Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.