loading...
Sangat tidak senonoh. Bayangkan hajat seorang wanita untuk membuang air kecil terbantut selepas mendapati seorang lelaki dikesan membuat rakaman ketika berada dalam tandas wanita dekat sebuah pasaraya di Bahau semalam.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian sekitar jam 12.45 tengahari itu, wanita berusia 21 tahun menyedari seperti ada cahaya dari bahagian bawah tandas sebelahnya seperti flash kamera.
"Mangsa terkejut apabila aksinya didalam tandas dirakam (video). Berang dengan keadaan itu mangsa bertindak mengetuk pintu tandas tersebut, namun tiada respon.
"Seterusnya, mangsa menendang pintu tandas itu yang mana seorang lelaki berada didalamnya yang sedang memegang telefon bimbit," ujar Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor.
"Suspek berusia 33 tahun merupakan pemandu lori selepas diperiksa dia positif dadah jenis Methapitamine.
"Suspek sudah berkahwin dan siasatan lanjut mengenai kes ini masih diteruskan dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / 511 Kanun Keseksaan," katanya lagi.
Sumber : kaki share
Sumber : alamviral
loading...
0 comments:
Post a Comment