Terkini

"Saya Tak Kisah Tiada Wang Hantaran Sebab Saya Tahu Saya Tak Layak"

loading...

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, terutamanya lelaki sudah pasti pening kepala memikirkan berapa wang hantaran yang akan diletakkan oleh keluarga perempuan. 

Oleh sebab itulah kita dapat lihat kisah wang hantaran ini banyak diperkatakan sejak dua menjak itu. Kisah yang dipetik dari laman Facebook Kisah Rumah Tangga ini dapat dijadikan manfaat untuk mereka yang ingin berkahwin. 

Saya bernikah pada usia 20 tanpa sebarang hantaran. Kami nikah kerana mak saya rasa suami saya adalah pilihan yang terbaik untuk didik saya.

2 bulan sebelum nikah suami saya ada hampir rm5k untuk peristerikan saya..kemudian saya ajak dia masuk saham emas tetapi malangnya kami ditipu oleh "tok belagak".. Takde duit langsung untuk nikah..Saya berdoa pada tuhan "ya allah jika niat kami baik,permudahkan lah"

Alhamdulillah permohonan saya untuk bernikah sangat mudah kurang dari 2 minggu prosesnya walaupon ketika itu saya baru semester 2(student KKM). Kemudian rezeki saya mendapat tukang makeup siap pelamin dan gubahan hantaran RM500 sahaja.. Baju sanding pula kami beli di jalan TAR dengan harga rm300(lelaki+ perempuan).. Catering pula hanya rm2500 untuk 1000 jemputan..nasib baik dulu izzat ada beli goldbar 1g jadi guna itu sahaja sebagai mas kahwin..

Saya tak kisah takde hantaran sebab saya tahu saya tak layak untuk "dijual" dengan harga yang tinggi..sewaktu saya umur 20, solat saya masih lopong, saya kuat berfoya,saya tak matang,saya tak reti langsung nak buat kerja rumah (masak,kemas rumah) dan saya kasar.

Saya juga bukanlah objek untuk ditukar milik dengan kuasa wang..maka saya redha dan saya minta 1 dari tuhan iaitu "suami dapat bimbing saya".

Syukur suami saya memang terbaik,walaupon kami kurang dari segi kewangan tapi kami cukup kasih sayang.. Suami sentiasa ajak solat, suami tak pernah pukul,suami tolong buat kerja rumah dan suami berikan saya nasihat serta motivasi bila down. 

Mertua saya juga baik, faham keadaan saya yang tak mampu mengandung untk 3 tahun ni, ajar saya masak,ajar saya meniaga kuih.. Kini saya alhamdulillah pandai serba serbi, kemas rumah laju je, masak pon boleh dimakan (dulu 1st masak suami muntah)

Hantaran itu tak wajib yang wajib mas kahwin..kahwin pula tak kira umur yang penting kematangan.. Jika kita tak matang dalam perkahwinan, 3 bulan pon boleh cerai..toleransi dan kejujuran itu penting.

NIAT juga penting jika niat untuk "sedap", sedap la awak dapat, kalau niat "kerana allah", insyaallah semua kita dapat..alhamdulillah "baru" 3 tahun berkahwin dan ada seorang anak disyurga.


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.