Terkini Viral

3 Kisah Anggota Polis Ini Bukti Amalan Rasuah Berleluasa Di Kalangan Masyarakat Malaysia

loading...

Kebelakangan ini kita selalu terbaca kes kes rasuah melibatkan anggota awam terutamanya anggota polis. Ianya memburukkan nama baik pasukan polis secara keseluruhannya. Namun tidak semua anggota polis mengambil rasuah atau menyalah guna kuasa. 

Memetik laporan The Star, Integriti Koperal Nor Azri Rusli sebagai anggota polis terbukti dalam beberapa kes. Beliau pernah ditawarkan untuk menerima rasuah dua kali dalam sehari dan menolak tanpa berfikir panjang. 

Beliau pernah menahan warga asing yang memandu tanpa lesen ketika satu sekatan jalanraya. Warga asing itu menawarkan sejumlah wang sebagai rasuah untuk melepaskan dirinya daripada diambil tindakan. 

"Saya memberi amaran kepada dia tapi dia tetap berdegil. Bila dia memaksa saya mengambil duit rasuah saya telah menahan warga asing itu" kata Koperal Nor Azri. 

Koperal John, antara salah seorang penerima anugerah sempena Hari Polis juga pernah ditawarkan RM200 untuk melepaskan seorang penagih dadah daripada ditahan. Koperal John memberi amaran kepada penagih tersebut namun penagih itu tetap menawarkan rasuah kepadanya. Akhirnya beliau menahan penagih tersebut kerana cuba menawarkan rasuah. 

Manakala Koperal Saliza Abdul Aziz juga pernah ditawarkan rasuah oleh seorang lelaki yang berkelakuan curiga dalam sebuah kereta. Apabila ditahan dan dibawa ke balai polis, lelaki itu cuba merasuah beliau namun ditolak oleh Koperal Saliza. 

Dari kisah tiga anggota polis ini tidak dapat disangkal lagi amalan rasuah semakin berleluasa di kalangan masyarakat namun sebagai anggota polis perlu mengekalkan integriti polis.


Sumber : kaki share

Sumber : alamviral
loading...

About Admin@akuhensem

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.